Kenapa Saya Hanya Fokus Buat Duit Dalam Bidang Telekomunikasi


Kenapa Saya Hanya Fokus Buat Duit Dalam Bidang Telekomunikasi - Kalau orang lain sibuk buat duit dengan bisnes food truck, bisnes food delivery, bisnes nasi lemak, bisnes jual kosmetik kemudian bisnes labur sana labur sini seperti dalam program BIDG, saya pula minat dengan bisnes telekomunikasi.

Latar belakang kerjaya professional saya adalah dalam bidang teknologi dan komunikasi (ICT). Saya bekerja sebagai Webmaster sepenuh masa mengkhusus kepada SEO (Search Engine Optimization) serta Digital Marketing.

Sebab itulah kenapa saya amat meminati bidang telekomunikasi.

Satu ketika dulu saya memasang impian mahu memiliki syarikat telekomunikasi sendiri.

Tapi setelah menyelidiki kos untuk membina sebuah syarikat telekomunikasi barulah saya sedar kosnya bukan alang-alang. Memang mencecah juta.

Lantas saya memasang impian baharu iaitu memiliki syarikat sendiri dalam bidang telekomunikasi.

Kenapa Bidang Telekomunikasi


Bidang telekomunikasi adalah bidang yang sentiasa berkembang dan terus maju seiring dengan kemajuan teknologi mudah alih (mobile technology).

Dalam setahun syarikat pengeluar peranti mudah alih khususnya smartphone berlumba-lumba mengeluarkan peranti-peranti terbaharu yang makin canggih bahkan lebih canggih dari model-model smartphone terdahulu.

Dalam tempoh satu tahun, smartphone yang kita gunakan sudah dikira agak ketinggalan. Lihat sahaja iPhone. iPhone 7 sudah dikira 'ketinggalan' apabila iPhone 8 dan iPhone X dikeluarkan oleh Apple.

Begitu juga dengan Huawei.

Smartphone Huawei Nova 2i yang dikeluarkan pada awal tahun 2018 sudah dikira 'ketinggalan' apabila Huawei Nova 3i dikeluarkan sekitar Julai 2018 dan sudah mula di jual di pasaran Malaysia sekitar bulan Ogos 2018.

Dalam pada itu penyedia pelan-pelan telekomunikasi juga berlumba-lumba mengeluarkan pelan telekomunikasi yang murah, yang mampu milik kemudian yang memberi nilai terbaik buat pengguna biasa atau dipanggil 'end user'.

Kenapa dipanggil end user?

Ia adalah istilah digunapakai untuk golongan pengguna biasa yang berada di rangkaian paling bawah dalam peringkat pengeluaran sesuatu produk baharu.

Mereka dipanggil end user kerana merekalah golongan terakhir yang berada dalam proses pengeluaran.

Peringkat pertama adalah kilang kemudian di ikuti oleh pengedar (kedai-kedai) lalu di ikuti oleh pengguna biasa yang membeli dan menggunakan produk tersebut.

Bidang telekomunikasi sentiasa berkembang walaupun keadaan ekonomi dunia kurang stabil, walaupun nilai matawang ringgit masih rendah berbanding US DOllar juga walaupun harga minyak di Malaysia masih tinggi iaitu di atas RM2 seliter.

Jika kita menjalankan perniagaan atau buat duit dalam bidang telekomunikasi, permintaan sentiasa ada bahkan tidak akan putus.

Ini kerana semua orang akan sering berkomunikasi menggunakan peranti masing-masing sama ada handphone biasa ataupun menggunakan smartphone.

Hari ini dalam bulan Ogos 2018 handphone adalah benda wajib bagi setiap orang.

Tanpa handphone hidup kita tidak akan lengkap.

Pada hari ini juga kita lebih banyak menggunakan data internet.

Semuanya kerana aktiviti telekomunikasi seharian kita juga sudah banyak berubah menjadi 'online' sahaja.

Sekarang orang lebih selesa menggunakan online call kerana ia percuma.

Sekarang pengguna-pengguna handphone lebih selesa menghantar pesanan mesej menggunakan WhatsApp, Telegram, WeChat juga aplikasi serupa yang lain kerana kesemuanya percuma.

Yang penting ada internet.

Internet di handphone hanya akan ada apabila ada langganan data.

Langganan data hanya akan ada apabila ada kredit (bagi pengguna prepaid).

Kredit hanya akan ada apabila kita beli top up.

Dalam erti kata lain kredit hanya akan ada apabila kita reload kredit prepaid simkad yang kita gunakan dalam handphone kita.

Saya melihat potensi yang amat besar dalam bidang telekomunikasi.

Untung dari satu produk memang agak kecil tapi produk itu digunakan oleh puluhan ribu orang.

Dalam satu jam kita sudah boleh mendapat untung yang banyak.

Bayangkanlah kalau dalam 1 jam ada 30 orang beli top up dalam masa yang sama cuma dalam amaun yang berbeza-beza.

Dari situ kita sudah beroleh untung yang banyak.

Inilah potensi yang saya lihat.

Andai kata jual top up pun, kalau dalam sejam 20 orang datang ke tempat saya semata-mata nak beli top up, dalam sejam itu jugalah saya sudah boleh dapat untung banyak.

Kenapa? Top up akan sentiasa dibeli oleh pengguna simkad prepaid yang sudah kehabisan kredit juga yang nak tambah kredit.

Jadi, setiap kali mereka top up maka setiap kali itu jugalah saya akan dapat untung.

Buat Duit Dengan Kos Minima

Buat duit dengan handphone dalam bidang telekomunikasi membolehkan kita berniaga dengan kos minima.

Hari ini sesiapa sahaja sudah boleh memulakan bisnes online yang 100% online kecuali proses penghantaran barang (melalui pos).

Segala urusan pembayaran, pertanyaan, respon, feedback serta komunikasi antara pembeli dan penjual dijalankan 100% secara online dari smartphone sahaja.

Buat duit dengan handphone dalam bidang telekomunikasi tidak memerlukan kita perlu ada kedai, tidak memerlukan kita wajib ada lesen berniaga, tidak perlu bayar bil letrik, perlu bayar kos sewa kedai dan kos maintenance kedai.

Kos yang terlibat hanyalah penggunaan internet di handphone kemudian kos masa untuk pergi ke pejabat pos bagi proses pengantaran barang.

Komunikasi hari ini sudah menjadi semakin mudah kerana kita ada Facebook, ada WhatsApp, ada Telegram, ada WeChat dan ada SMS biasa.

Kita boleh berbicara dengan sesiapa sahaja tak kira di manapun jua dan tak kira bila. Semuanya di hujung jari sahaja selagi internet ada!

Potensi Buat Duit Dengan Handphone

Sasaran pelanggan adalah amat ramai iaitu pengguna handphone. Untuk mula buat duit dengan handphone caranya adalah pakai pelan yang membolehkan anda buat duit dari handphone.

Tukar pelan telekomunikasi anda!

Kenapa perlu tukar?

Cuba jawap soalan ini - sudah berapa lama anda pakai simkad anda sekarang ini?

Sudah berapa banyak jumlah duit yang anda gunakan untuk beli top up atau untuk bayar bil jika anda pengguna postpaid?

Dari jumlah duit yang anda bayar itu, berapa banyak untung yang anda dapaat?

Ada dapat rebat atau cash back tak?

Jawapannya... tiada.

Macam mana saya tahu? Kerana pun saya macam tu juga. Saya sudah guna handphone sejak tahun 1999 lagi.

Dari tahun itu saya menjadi pengguna setia Celcom kemudian beralih ke DiGi pada tahun 2005. Setiap bulan saya akan gunakan RM50 hingga RM100 untuk beli top up bagi mengisi kredit handphone saya.

Apabila Digi memperkenalkan pelan data internet sekitar tahun 2011 saya mulai memperuntukkan sekitar RM70 hingga RM120 semata-mata untuk membeli pelan data internet supaya saya boleh online dari handphone sahaja.

Sehingga ke tahun 2018 pada bulan Ogos, rasanya saya sudah belanjakan belasan ribu semata-mata untuk beli top up dan beli kredit handphone.

Hingga ke hari ini saya tidak dapat apa-apa pulangan dari kesemuanya itu.

Hanya bayar kemudian guna.

Macam beli minyak kereta. Beli, isi kemudian guna kemudian beli lagi, gunakan lagi dan beli lagi apabila habis.

Saya langsung tidak dapat apa-apa pulangan dari itu. Hanya dapat point-point yang terkumpul dalam membership card saya.

Menyedari keadaan itu, saya berubah.

Program Buat Duit Tone Plus Ni Patuh Syariahkah?

buat-duit-dengan-handphone-tone-plus-1-1-9

Program Buat Duit Tone Plus Ni Patuh Syariahkah? - itulah persoalan yang bermain di minda beberapa orang baru yang berjumpa dengan saya.

Mereka bertanya, adakah Tone Plus ni program buat duit dengan handphone yang patuh syariah? Kalau YA pun patuh syariah, mana buktinya?

Panel mana yang luluskan sijil patuh syariah milik Tone Plus?

To be honest, mereka yang bertanya pada saya soalan itu adalah ejen-ejen dari program buat duit dengan handphone yang lain di luar sana iaitu OneXOX dan Tronexus.

Oleh kerana saya banyak mempromosi program Tone Plus di media sosial maka mereka ambil kesempatan menghubungi saya semata-mata untuk 'menyerang' saya.

Namun saya sudah bersedia lebih awal. Itulah gunanya ilmu. Itulah gunanya product knowledge. Lagi satu kita juga perlukan market knowledge.

 Kena tahu perkembangan semasa dalam industri telekomunikasi ni supaya kita boleh 'tangkis' serangan-serangan secara berhemah.

Program Tone Plus Ada Akad Jual Beli


Buat duit dengan Tone Plus melibatkan proses muamalat (proses perdagangan jual beli) yang dilakukan tanpa paksaan dan tanpa melibatkan penderaan sehingga memudaratkan.

Anda sebagai ahli baharu yang berminat mahu buat duit dengan handphone akan membeli pakej keahlian berharga RM53 (mulai 1 Jun 2018 selepas bebas GST) dari saya.

Pakej keahlian tersebut melibatkan kredit sedia adalah RM30, langganan data 1GB beserta tempoh penggunaan selama 30 bulan. Jumlah kesemuanya adalah RM93.

Setelah anda menjadi Normal Member dalam program Tone Plus lalu mahu mendaftar ahli baharu di bawah nama anda, sejurus selepas itu anda akan membeli lagi simkad Tone Plus dari saya pada harga ahli iaitu RM78 sekeping lalu menjualnya pada harga pasaran kepada ahli-ahli baharu yang anda akan daftarkan.

Proses pembelian itu dilakukan dengan penuh rela tanpa paksaan juga tanpa melibatkan kos-kos tambahan juga tidak melibatkan kos-kos tersembunyi yang bersifat syubhah.

Duit Dari Program Tone Plus Ni Halal Ke?


Ya! Semestinya HALAL dan boleh digunakan tanpa was-was.

Duit yang anda perolehi sebagai ahli dalam program Tone Plus adalah duit hasil usaha anda sendiri mengajak pengguna handphone lain di luar sana bertukar ke simkad Tone Plus supaya mereka juga boleh buat duit dengan handphone masing-masing.

Duit yang anda perolehi dari program Tone Plus adalah dari untung runcit, dari komisyen top up, dari bonus awal tahun juga bonus overriding. Semuanya adalah dari hasil usaha anda sendiri.

Makin rajin anda promosi dan makin rajin anda ajak orang lain bertukar ke Tone Plus lalu sama-sama mengguna simkad TOne Plus maka makin banyaklah anda akan dapat. Man jadda wajada!

Program ini bukan pelaburan dan bukan duduk diam dapat duit.

Tone Plus bukan tipu kerana anda tidak ambil duit orang lain sebagai deposit pelaburan. Anda juga tidak ambil duit orang lain untuk digunakan sebagai 'modal' untuk dilaburkan ke tempat lain yang tidak dijelaskan sifatnya, rupanya, prosesnya serta mekanismanya.

Sebaliknya anda hanya mengambil dan menerima duit orang lain sebagai bayaran untuk simkad Tone Plus yang anda jual kepada rakan-rakan dalam group anda.

Itu saja!

Apabila berlaku proses jual beli dan rakan-rakan anda juga aktif melakukan proses jual beli (iaitu jual beli simkad dan proses beli top up kemudian pakai) terbuktilah prosesnya merupakan proses yang telus, yang 100% transparent serta tidak ada unsur tersembunyi yang memberi keburukan kepada mana-mana pihak.

AMARAN : Yang jadikan sesebuah program itu haram & tak patuh syariah adalah program yang tidak menawarkan PRODUK ATAU PERKHIDMATAN tapi bonus dibayar hasil daripada penyertaan ahli baru, ini dipanggil MONEY GAME.

Yang itu terang-terangan bersifat haram. Elakkan. Supaya income yang kita terima dari hasil buat duit dengan handphone melalui membership dalam Tone Plus menjadi income yang 100% halalan toyyiban.

Keburukan Tone Plus - Semuanya Kerana Tone Plus Penipu


Keburukan Tone Plus hanyalah satu iaitu income yang tidak berhenti-henti masuk apabila anda mahu 'berehat' seketika dari aktif menjalankan program ini.

Bagi sesetengah orang, keburukan Tone Plus iailah proses 'cari orang'. Proses cari orang ini bagi dalam erti kata yang mudah kita fahami adalah proses mencari pengguna-pengguna handphone yang kita boleh ajak menukar simkad mereka ke simkad Tone Plus.

Bagi sesetengan orang proses itu agak susah. Akibatnya walaupun sudah menjadi ahli Tone Plus dan walaupun sudah menukar simkad ke simkad Tone Plus tapi income mereka masih tidak naik-naik.

Ini kerana mereka melakukannya dengan penuh desperate iaitu dengan perasaan amat terdesak. Dalam situasi lain keadaan 'terdesak' ini bagus sebab ia push kita untuk berusaha.

Tapi kalau asyik desperate mempromosi, promosi, menjual dan terus menjual tiada siapa yang akan berminat nak sertai.

Perasaan 'desperate' akan mengakibatkan kita bertindak dengan terburu-buru. Apabila sudah terburu-buru kita akan bertindak tanpa ilmu sebaliknya bertindak mengikut emosi iaitu TAMAK.

Cara saya mudah sahaja iaitu bercerita. Buat sifat tamak sebaliknya tanamkan sifat mahu berbakti, mahu membantu dan mahu lihat orang lain maju.

Bukan tamak mahu untung sendiri sahaja.

Ceritakan dengan peluang buat duit dengan handphone melalui keahlian dalam Tone Plus ni. Ceritakan dengan penuh santai macam mana saya, anda dan mereka boleh buat duit dengan handphone bermula pada hari ini juga.

Orang tak suka salesman. Orang tak suka orang lain datang padanya lalu menjual barang atau perkhidmatan.

Sebaliknya banyakkan sharing pasal tip buat duit dengan handphone melalui program TOne Plus ni, advice serta saranan-saranan. Elakkan menjual.

Lagi satu, kita akan rasa susah 'cari orang' jika mindset kita adalah 'nak menjual' sahaja tapi bukan nak membantu.

Apabila hati ikhlas mahu membantu orang lain buat duit dengan handphone melalui perkongsian ilmu, perkongsian tips serta perkongsian strategi, lama-kelamaan proses 'cari orang' akan jadi mudah.

Sebaliknya akan ada orang datang 'serah diri' pada anda untuk mendaftar menjadi ahli Tone Plus kerana mereka nampak macam mana nak buat duit dengan handphone melalui keahlian dalam Tone Plus ni.

Semua itu berkat dari keikhlasan berkongsi dan keikhlasan membantu.

Siapa Di Atas Dia Paling Untung


bunyinya macam skim MLM ataupun skim piramid. Dalam usaha kita buat duit dengan handphone melalui Tone Plus sebenarnya tidak mengayakan orang atas (iaitu orang yang mendaftar kita).

Mereka hanyalah orang yang mendaftar kita. Mereka hanyalah orang yang membawa kita masuk ke Tone Plus supaya kita boleh buat duit dengan handphone kita.

Tapi usaha kita tidak memperkayakan mereka. Mereka hanya 'kaya' oleh top up kita.

Apabila kita top up maka orang yang mendaftar kita itu akan diberi komisyen oleh syarikat Tone Plus sebagai imbuhan kerana memperkenalkan simkad Tone Plus kepada kita.

Sebalinya apabila kita pula rajin mengajak orang lain masuk ke Tone Plus supaya sama-sama dapat buat duit dengan handphone, hasilnya kita semualah yang punya.

Kita sendiri yang akan dapat duit dari komisyen top up, kita sendiri yang akan dapat duit dari bonus awal tahun, kita sendiri yang akan dapat duit dari komisyen overriding, kita sendiri yang akan dapat duit dari untung runcit melalui proses jual beli simkad.

Kita tidak mengayakan atau menyenangkan orang atas. Siapa rajin dia yang akan dapat lebih.

Adil kan kalau macam tu?

Sebagai contoh anda mendaftar seorang sahaja tapi salah seorang dalam group anda mendaftar 60 orang ahli baharu.

Jadi, siapa yang untung? Income siapa lebih besar?

Semestinya orang yang mendaftar 60 orang ahli baharu itu tadi iaitu ANDA bukan orang yang mendaftar anda. Program buat duit ini sangat adil serta benar-benar tidak berat sebelah.

Bukti Tone Plus Bukan Skim Cepat Kaya


1. Keahlian untuk melayakkan kita buat duit dengan handphone melalui Tone Plus amat rendah. Hanya RM93 sahaja sekali bayar seumur hidup. Kalau skim cepat kaya.. mana ada main Rm100 ?

2. Bukan pelaburan dan bukan jualan langsung. Toneplus program rujukan komuniti dicipta untuk buat duit dalam bidang telekomunikasi. Anda jual simkad dapatlah duit. Orang yang anda daftar beli topup untuk tambah kredit maka dari situ ada turut dapat duit. Tapi kalau tak jual confirm tak dapat duit. Pendapatan bergantung kepada hasil jualan simkad dan hasil topup setiap ahli dalam group kita.

3. Bukan 4D (duduk diam dapat duit). Kalau tak ajak ramai orang bertukar ke simkad Tone Plus dan tak 'bergerak' confirm takkan dapat duitlah. Cuma menikmati keistimewaan apabila topup setiap bulan.

4. Ada produk fizikal iaitu SIMKAD. Ada mekanisma yang melayakkan kita buat duit iaitu komisyen top up yang dibayar oleh syarikat Tone Plus Sdn. Bhd. kepada kita sebagai ahli program yang bertauliah. kalau skim cepat kaya tak nampak produk depan mata. Hanya nampak pada sijil di alam maya dan atas kertas sahaja. Realitinya? Memang tidak tak kan dpt lah sebab kita tidak nampak duit kita tu mengalir ke mana dan digunakan untuk apa.

5. Tiada gandaan keuntungan apabila tak mendaftar ahli-ahli baharu. Sebab ini bukan pelaburan yg menjanjikan keuntungan melipat kali ganda tapi ini program buat duit dengan handphone yang akan memberikan pendapatan setiap kali orang-orang yang kita daftar top up kredit dan aktif menjual simkad kepada ahli-ahli baharu yang mereka telah daftarkan.

Anda mainat mahu buat duit dengan handphone melalui keahlian dalam program Tone Plus? Izinkan saya bantu anda jana income pertama dalam bulan ini juga!

Hubungi saya untuk tahu cara-caranya.

8 Sebab Kenapa Orang Suka Buat Duit Dengan Handphone Melalui Tone Plus

Buat-Duit-Dengan-Handphone-1

8 Sebab Kenapa Orang Suka Buat Duit Dengan Handphone Melalui Tone Plus - Dalam artikel kali ini saya akan ceritakan kenapa ramai orang di luar sana mengambil keputusan nekad menukar simkad dalam handphone mereka ke simkad Tone Plus iaitu simkad yang benar-benar buat duit.

Kenapa mereka tiba-tiba mengambil keputusan buang simkad lama kemudian pakai simkad mereka?

Adakah mereka sudah gila?

Ya! Gila.. gila mahu buat duit dengan handphone melalui keahlian dalam program Tone Plus.

Ramai orang sukakan Tone Plu ni kerana...

Sebab 1: 100% Patuh Syariah


Simkad Tone Plus, sistem keahlian dalam Tone Plus serta cara Tone Plus dijalankan telah dinilai serta disahkan patuh syariah oleh agensi bertauliah. Ini bukti jelas bahawa produk Tone Plus dan sistem Tone Plus adalah program yang benar-benar bermanfaat serta tidak membebankan pengguna handphone semata-mata untuk memberi untung berganda kepada pengendali serta pemilik program.

Sebab 2: Senang


Ya! Memang senang. Memang mudah. Tapi tidaklah semudah goyang kaki terus dapat duit dari handphone. Anda tetap perlu usaha. Namun ia juga tidak juga susah sangat. Ada strategi. Ada teknik. Kesemua ditunjuk ajar.

Caranya macam mana? Tukar simkad sekarang ke simkad Tone Plus. Setiap kali anda top up setiap kali itu jugalah anda akan dapat cash back sebanyak 3% dari nilai top up anda. Cash back yang terkumpul akan dimasukkan ke akaun bank anda. Untuk buat duit melalui handphone dengan lebih banyak pun senang saja caranya iaitu ajak orang lain bertukar ke simkad Tone Plus.

Untuk mereka dapat buat duit dengan handphone dalam amaun lebih banyak juga mereka ajak orang lain bertukar ke simkad Tone Plus, pakai macam biasa, top up bila habis kredit kemudian ajak lagi lebih ramai orang. Semakin ramai orang kita ajak maka semakin banyaklah kita dapat buat duit dengan handphone.

Dalam program ini semua orang boleh buat untung dengan senang dengan cara mengajak pengguna handphone lain buat duit dengan Tone Plus agar sama-sama boleh buat duit dengan handphone.

Sebab 3:  Income di bank-in. 


Income yang anda dapat dalam Tone Plus akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Bukannya dibayar cash macam buruh kasar yang dibayar mengikut gaji hari.

Bukannya dibayar menggunakan BitCoin atau PayPal. Bayaran juga tidak ditangguh serta tidak bertangguh. Lama-kelamaan jika anda makin serius buat Tone Plus semakin lama income anda semakin naik sehingga boleh menggantikan gaji bulanan anda dari pendapatan sedia ada.

Sebab 4: Bukti pembayaran Tone Plus boleh diguna untuk apply loan kereta atau loan rumah. 


Income statement Tone Plus anda boleh di cetak seperti mencetak slip gaji kemudian boleh digunakan untuk apply loan kereta (untuk beli kereta) dan untuk loan rumah (untuk proses membeli rumah). Sebab yang ke-4 ini bukan cakapan semata kerana sudah ada beberapa orang ahli Tone Plus melakukannya.

Sebab 5: Terjamin. 


Ya! Program ini dijamin boleh buat duit dengan handphone. Dengan syarat anda buat apa yang diajar. Andai kata anda tidak buat strategi yang di ajar sudah tentu anda tidak akan dapat apa-apa.

Sebagai contoh tatkala anda mendaftar 10 orang ahli baharu di peringkat awal kemudian setiap seorang top up RM30 hingga ke RM50 anda sudah boleh dapat komisyen dalam RM39 hingga ke RM65.

Sebab 6: Risiko Rendah. 


Program buat duit dengan handphone melalui keahlian dalam Tone Plus tidak ada apa-apa risiko. Anda tidak rugi. Kalau rugi pun kerugian itu tidak akan membuatkan anda jatuh muflis hingga tidak boleh ke luar negara. Tidak.

Sebab 7: Sudah Tiap Hari Guna Handphone


Kita tidak terbeban melakukannya kerana ia sudah menjadi rutin aktiviti telekomunikasi kita. Sudah tiap hari kita guna handphone.

Kita hanya tukar simkad sahaja iaitu buang simkad lama kemudian pakai simkad Tone Plus supaya kita dapat buat duit dengan handphone kita sekarang ini tanpa perlu tukar handphone ke handphone lebih canggih. Pakai saja handphone yang kita ada tidak kiralah apa jua modelnya.

Pakai simkad Tone Plus, top up bila habis kredit kemudian ajak orang lain buat hal yang sama (iaitu pakai simkad Tone Plus) supaya mereka juga boleh buat duit dengan handphone melalui Tone Plus sepertimana saya dan anda.

Dari asyik mengguna handphone tidak dapat apa-apa baik kita bertukar ke simkad yang kalau kita guna kita yang akan dibayar pula.

Sebab 8: Ganjaran setimpal usaha. 


Ini bukan program 4D (duduk diam dapat duit) menyamai skim cepat kaya sepertimana program-program buat duit dengan handphone lain di luar sana.

Program Tone Plus merupakan program sah diluluskan oleh SKMM yang memberi pulangan setimpal dengan usaha.

Program Tone Plus boleh menjadi kerjaya separuh masa, boleh dijadikan bisnes part time kemudian boleh juga dijadikan sebagai usaha sampingan untuk mencari duit lebih gaji tetap setiap bulan.

Suri rumah, pelajar sekolah menengah, student kolej, tukang sapu, cleaner hotel, pemandu bas, kerani pejabat, budak despatch dan sesiapapun yang pakai handphone sepanjang masa memang boleh buat duit melalui program ini.

Memang senang. Syaratnya hanyalah ikut strategi yang telah diajarkan.

4 Beza Simkad Tone Plus Dengan Simkad Prepaid Lain

Buat-Duit-Dengan-Blog-1-1-5

5 Sebab Kenapa Simkad Tone Plus Amat Berbeza Dengan simkad Prepaid Lain - Bagi anda yang masih ragu-ragu serta masih sangsi mengenai strategi buat duit dengan handphon melalui program Tone Plus di sini saya tampilkan perbezaan yang saya nampak antara simkad yang digunakan untuk buat duit dalam program ini dengan simkad yang digunakan oleh jutaan pengguna handphone di luar sana.

Perbezaan 1: Jenis Keahlian


Simkad Tone Plus datang bersama pakej keahlian dalam program buat duit dengan handphone yang sah di sisi undang-undang Malaysia, diiktiraf secara rasmi oleh SKMM serta terbukti telah melahirkan pengguna-pengguna handphone yang telah berjaya buat duit melalui handphone masing-masing sejak tahun 2012.

Simkad prepaid biasa yang dijual pada harga RM8 hingga RM10 tidak datang bersama pakej keahlian program buat duit sebaliknya hanya datang bersama pakej-pakej telekomunikasi untuk memenuhi keperluan seharian.

Simkad prepaid biasa dicipta sebagai alat untuk pengguna handphone menikmati pakej-pakej langganan data serta pakej-pakej panggilan sahaja mengikut kadar-kadar tertentu yang menarik minat pengguna.

Simkad prepaid Tone Plus dicipta untuk membantu pengguna-pengguna handphone buat duit dengan handphone masing-masing sambil terus berhubung juga sambil menikmati digital content yang diperolehi secara online sepertimana simkad biasa yang lain diluar sana.

simkad prepaid biasa dicipta untuk membantu pengguna-pengguna handphone untuk terus berhubung dan untuk terus menikmati digital content yang diperolehi secara online.

Pakej-pakej tersebut dicipta untuk menjadi pengguna handphone terus menerus membayar untuk mengguna sampai bila-bila.

Syarikat telekomunikasi yang mengeluarkan simkad prepaid berharga RM8 hingga RM10 tidak menggalakkan penggunanya untuk buat duit sebaliknya hanya menggalakkan pengguna untuk memakai, menggguna serta menghadam sahaja.

Perbezaan 2: Dicipta Untuk Membayar


Simkad yang anda gunakan sebagai ahli dalam program Tone Plus dicipta untuk menjadikan anda dibayar selama anda menggunakannya.

Simkad prepaid biasa pula dicipta untuk menjadikan anda terus-menerus mengguna tanpa dibayar semula (walau pun 1 sen) oleh syarikat telekomunikasi tersebut.

Ini telah terbukti dan telah benar-benar berlaku di dunia sebenar. Saya sendiri merupakan pengguna simkad prepaid Celcom sejak dari tahun 2000 sehinggalah ke tahun 2005 kerana beralih ke Digi.

Oleh kerana didesak oleh masalah kewangan dan dihimpit oleh kos-kos barangan pengguna yang semakin meningkat saya mulai mencari cara untuk buat duit melalui handphone.

Ada banyak cara buat duit yang lain tetapi saya hanya mencari strategi buat duit melalui handphone kerana hanya handphone satu-satunya benda yang kita banyak pakai dalam kehidupan seharian berbanding benda-benda lain yang ada di sekeliling kita.

Handphone kita ibarat nyawa kita kerana disitulah pusat aktiviti kehidupan kita bermula dari aktiviti telekomunikasi, berhibur, bermain games, berhubung serta untuk peka dengan perkembangan semasa. Handphone telah menggantikan komputer untuk kita mengakses kandungan internet.

Saya mahu mencari program buat duit dengan handphone sebenar yang betul-betul bagi duit. Sambil membayar untuk mengguna sambil dibayar semula. Itulah konsep yang saya cari.

Simkad prepaid lain yang berharga RM8 hingga  RM10 dicipta untuk anda berbelanja secara unlimited. Simkad prepaid Tone Plus pula dicipta untuk menjana sumber pendapatan yang akan membayar anda secara infiniti (tanpa had) selagi anda terus menerus serius dan rajin.

Perbezaan 3: Dicipta Sebagai Sumber Pendapatan Bukan Sekadar Penjimatan


Jika anda teliti pasaran industri telekomunikasi di Malaysia, simkad-simkad prepaid yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di luar sana galak dipromosi sebagai simkad yang memberi penjimatan berganda, pakej panggilan percuma serta pakej data internet percuma.

Sebagai contoh ada syarikat telekomunikasi yang memberi data internet percuma dari 12 tengah malam hingga 7 pagi pada setiap hari. Pakej begini amat bagus kerana membantu pengguna handphone biasa untuk menikmati langganan data internet high speed pada kadar rendah bersifat zero cost.

Tapi, sedar atau tidak, ia dicipta untuk mengurung anda dan saya untuk kekal sebagai pengguna sahaja.

Sampai bila-bila pun kita akan terus membayar untuk mengguna. Apabila kredit habis kita beli top up untuk menambah kredit handphone kemudian guna untuk dapat data serta untuk keperluan lain seperti buat call, buat video call, hantar mesej juga untuk buka Facebook.

Kita akan terus menerus terpenjara dalam mindset pengguna yang akan terus mengguna.

Situasi itu tidak membantu meringankan beban kewangan kita sebaliknya akan terus kekal menjadi bebanan sampai bila-bila selagi kita terus membayar untuk mengguna tanpa dibayar semula.

Keadaan itu harus di ubah.

Perbezaan 4: Mekanisma 'Enjin' Yang Berbeza


Simkad Tone Plus datang sekali dengan mekanisma untuk menjadi sumber pendapatan.

Walaupun dari segi fizikal luaran simkad Tone Plus sama dengan simkad lain (iaitu diperbuat dari plastik kemudian memiliki saiz yang sama dengan simkad lain) namun ia memiliki kelebihan yang tidak ada pada simkad prepaid biasa berharga RM 8 hingga RM10 iaitu kelebihan dapat menjana pendapatan sampingan.

Jika simkad prepaid biasa dapat diguna untuk menjana pendapatan pasti sudah ada ramai pengguna handphone menjadi jutawan dari dulu hingga sekarang kerana berjaya buat duit dari simkad dihandphone masing-masing yang sudah bertahun-tahun mereka guna.

Tetapi syarikat-syarikat telekomunikasi terus memenjarakan minda anda sebagai 'pengguna tetap'.

Apabila anda kekal menjadi pengguna merekalah yang akan kata dan menikmati untung berbillion-billion setiap tahun. Mereka mahu menjadikan anda terus menerus mengguna simkad mereka dan akan kekal mengguna. Bukan sahaja anda tetapi orang-orang disekeliling anda juga dibentuk untuk terus menerus menjadi pengguna.

Simkad Tone Plus muncul untuk mengubah keadaan itu.

Jika anda benar-benar serius mahu buat duit dengan handphone tukarlah simkad anda sekarang ini ke simkad Tone Plus kerana simkad Tone Plus sememangnya dicipta sebagai simkad buat duit dan bukannya makan duit semata-mata.

Walaupun anda keluarkan duit untuk beli top up untuk simkad Tone Plus namun anda akan dibayar semula sebagai penghargaan kerana menjadi pengguna setia.

Dalam pada itu pula apabila anda mengajak orang lain bertukar ke simkad Tone Plus akan dibayar apabila orang yang anda daftar itu membuat top up.

Dia juga berpeluang untuk buat duit apabila mengajak orang lain bertukar ke simkad Tone Plus. Apabila keadaan ini terjadi lama-kelamaan seluruh isi keluarga berpeluang untuk buat duit dari simkad masing-masing tanpa perlu bersusah payah sertai program buat duit yang lain.

Peluang untuk kaya dengan program buat duit melalui handphone semakin cerah.

Semuanya dari 1 tindakan sahaja iaitu hijrah ke simkad buat duit. Tinggalkan simkad makan duit yang anda sudah pakai bertahun-tahun lamanya. Saya sendiri menjadi pengguna simkad makan duit selama 18 tahun sebelum beralih ke simkad buat duit dengan handphone iaitu simkad Tone Plus.

Keadaan ini samalah seperti kereta.

Ada kereta dicipta untuk prestasi (seperti Toyota Fortuner, Ford Ranger, Nissan Navara) dan ada kereta dicipta untuk penjimatan (seperti Viva, Axia, Bezza, Mirage).

Kereta yang dicipta untuk performance memiliki enjin yang kuat serta berprestasi tinggi yang membolehkan ia bergerak laju. Jika anda memakai kereta itu maksudnya anda boleh sampai ke destinasi dengan cepat.

Kereta sebegini laju dan kuat. Itu terjadi kerana ia dicipta sebagai kereta berkapasiti tinggi maka ia sesuai untuk aktiviti pemanduan tahap tinggi dalam masa yang sama turut boleh digunakan untuk pemanduan tahap rendah.

Kereta yang dicipta untuk penjimatan memiliki enjin berprestasi rendah yang menjadikan ia bergerak seperti biasa dalam kelajuan biasa. Jika anda memakai kereta ini maksudnya anda boleh sampai ke destinasi pada kelajuan biasa.

Ia boleh bergerak laju tapi tidak selaju kereta berprestasi tinggi. Jika selalu dibawa laju dan jika selalu dibawa jalan jauh sepertimana kereta berprestasi tinggi pasti enjin akan cepat rosak.

Itu terjadi kerana ia dicipta sebagai kereta berkapasiti rendah maka ia hanya sesuai untuk aktiviti pemanduan tahap rendah.

Jika dipaksa untuk aktiviti pemanduan tahap tinggi yang laju dan lasak sudah tentu enjin kereta sebegitu boleh meletup kerana ia hanya dicipta untuk pengguaan kapasiti rendah serta untuk penjimatan.

Begitulah dengan simkad prepaid Tone Plus. Simkad ini seperti yang saya katakan tadi dicipta untuk performance iaitu untuk buat duit dengan handphone.

Handphone yang buat duit adalah handphone yang menggunakan simkad Tone Plus.

Jom ubah. Jom buat duit dengan handphone mulai hari ini juga!

13 Sebab Peribadi Kenapa Saya Sertai Program Buat Duit Melalui Handphone Ini

buat-duit-dengan-handphone-1-534x401

13 Sebab Peribadi Kenapa Saya Sertai Program Buat Duit Melalui Handphone - Dalam artikel panjang ni saya akan buat pendedahan berani.

Semua yang saya katakan di sini lahir dari hati saya sendiri dan bukannya dipaksa-paksa. Saya tuliskan di sini untuk anda baca supaya anda tahu kenapa saya begitu nekad dan tekad.

Semuanya kerana...

1. Sebab saya sendiri pakai handphone mulai Januari 2000 tahun sehinggalah sekarang (2018) iaitu selama 18 tahun. Ya! 18 tahun. Handphone pertama saya adalah Nokia 3310 yang dianggap 'canggih' pada masa itu dan saya beli dengan harga RM600 menggunakan wang PTPTN semasa masih di universiti. Walaupun saya sudah pakai handphone selama 18 tahun (dari tahun 2000 hingga 2018 kala artikel ini saya tulis) namun saya tidak pernah dibayar sesen pun kerana menjadi pengguna handphone yang amat setia dalam tempoh itu. Satu-satunya bayaran yang saya terima hanyalah bonus kredit percuma RM5 yang akan saya terima setiap kali tibanya hari lahir saya.

2. Melalui handphone saya boleh buat duit. Selepas itu saya boleh ajar orang lain buat duit melalui handphone masing-masing sepertimana saya. Kita semua gunakan handphone untuk berkomunikasi, saling berhubung, mencari maklumat, berhibur, membaca serta untuk menyempurnakan aktiviti seharian. Hari ini banyak aktiviti seharian kita boleh lakukan dengan handphone misalnya internet banking, panggil Grab untuk ke sana ke mari, order makanan yang akan dihantar oleh delivery boy, membeli belah secara online, membayar bil-bil secara online kemudian menempah tiket wayang secara online. Penggunaan handphone dan internet memudahkan aktiviti sehari. Kan best kalau sambil kita guna handphone sambil itu juga kita buat duit melalui handphone? Kalau semua orang buat begitu akibatnya tahap pendapatan isi rumah akan meningkat seterusnya kualiti hidup juga akan semakin meningkat. Semuanya kerana masing-masing sudah dapat buat duit melalui penggunaan handphone.

3. Tidak mengganggu kerjaya hakiki. Program buat duit dengan handphone melalui keahlian di dalam Tone Plus boleh anda lakukan selepas selesai waktu kerjaya hakiki. Saya lihat sebahagian besar ahli-ahli yang sudah berjaya dalam program ini bermula secara part time sahaja kerana mereka hanya melakukan aktiviti buat duit dengan handphone dalam program Tone Plus selepas waktu bekerja. Ada juga yang masih terus bekerja walaupun sudah berjaya menjana income tetap dari program Tone Plus kerana ia tetap boleh dijalankan walau terikat dengan kerjaya hakiki misalnya jawatan penting dalam sektor kerajaan.

4. Ada mentor yang akan memberi bimbingan percuma. Ini sebab utama kenapa saya sertai program ini. Ia bukan semata-mata kerana buat duit dengan handphone sebaliknya kerana saya akan mempunyai mentor yang sentiasa membimbing serta sentiasa push saya untuk jadi lebih maju ke depan. Matlamat utama saya dengan program ini adalah untuk membantu insan-insan lain di luar sana buat duit dengan handphone masing-masing. Saya tak nak kaya sendiri. saya mahu kayakan orang lain. Saya merasa gembira dapat mencetus perubahan dalam hidup orang lain. Kegembiraan itulah yang saya kejar. Bukannya duit.

5. Sudah ada lebih dari 10 orang yang telah benar-benar menjadi kaya dan berjaya melalui program ini. Selain ada mentor yang sudah 'standby' untuk ajar saya, salah satu sebab kenapa saya join program buat duit ini adalah kerana saya sudah lihat sendiri beberapa orang anak-anak muda yang telah pun berjaya buat duit melalui handphone masing-masing dari program ini. Mereka adalah orang-orang sebenar di dunia sebenar. Saat mulai kenal mereka serta setelah membaca banyak kisah-kisah mengenai mereka dari mulut orang yang sudah pernah bersua dengan mereka saya mulai yakin bahawa program ini benar-benar boleh buat duit. Ia bukan program tipu duit.

6. Potensi untuk mendapat unlimited income melalui pasaran yang amat besar. Mengikut statistik dari Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM), jumlah pelanggan telefon mudah alih di Malaysia (sehingga pada Disember 2017) adalah seramai 42.3 juta. Jika dipecahkan jumlah besar itu kepada jumlah pengguna pascabayar dan jumlah pengguna prabayar, laporan SKMM menyatakan jumlah pengguna postpaid di seluruh Malaysia adalah seramai 10.2 juta orang. Jumlah pengguna prepaid pula adalah seramai 32.1 juta orang.  Dari statistik tersebut saya merasa ada harapan untuk berjaya dalam program buat duit dengan handphone ini. Setiap orang yang menggunakan handphone berpotensi untuk menjadi pelanggan kita. Hanya perlu ajak mereka menjadi ahli Tone Plus kemudian mula buat duit melalui handphone masing-masing. Itu sahaja!

7. Buat kerja sekali untung berkali-kali. Sesiapapun sudah boleh buat duit dengan mudah melalui handphone tatkala menyertai program ini. Kenapa? Sebabnya kita sudah boleh dapat untuk berkali-kali dari customer yang sama pada setiap bulan. Program ini mewujudkan repeat sales iaitu untung yang diperolehi dalam bentuk komisyen setiap kali orang lain top up. Apabila sudah semakin senior dan semakin bertahan lama dalam program ini hasilnya income kita pun beralin ke income pasif iaitu aliran duit yang tetap mengalir ke akaun bank kita walau sudah tidak aktif lagi. Income yang kita dapat itu pula dibayar dalam nilai Ringgit Malaysia terus ke dalam akaun bank serta boleh dikeluarkan untuk berbelanja. Ia bukan wang digital seperti BitCoin.

8. Bantu perbaiki taraf hidup orang lain. Saya percaya untuk saya jadi kaya dan berjaya saya kena bantu orang lain dahulu serta beri manfaat sebanyak mungkin kepada mereka barulah saya akan berjaya. Fokus utama saya terarah kepada ahli-ahli team saya yang telah menyertai saya serta orang-orang lain yang berminat mahu menyertai group bimbingan saya untuk mereka tahu cara-cara buat duit melalui handphone. Matkamat mahu membantu orang lain menjadikan saya amat terfokus. Saya bukan nak kaya sendiri sebaliknya mahu memperkayakan dan memperjayakan orang lain secara bersama-sama. Hidup ini jadi lebih bermakna apabila kita menjadi pencetus kepada kejayaan orang lain. Matlamat saya adalah mengumpul pahala hasil dari ilmu yang saya kongsikan. Semoga ia menjadi bekalan buat saya di alam barzakh nanti.

9. Wujud transparency dan latar belakang pengendali program yang jelas serta telus. Program ini dikendali oleh syarikat telekomunikasi berdaftar dengan SKMM. Produknya adalah produk patuh syariah. Produk berstatus patuh syariah tidak membebankan pengguna biasa serta tidak memiliki unsur-unsur syubhah yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna biasa lantas membebankan kewangan mereka. Program ini dikendali oleh syarikat Tone Plus Sdn. Bhd. yang sudah pun wujud sejak tahun 2014 serta tidak pernah lewat membayar komisyen kepada ahli-ahli. Setelah mengkaji latar belakang Tone Plus melalui pelbagai sumber di internet saya merasa lebih yakin bahawa program ini bukan program tipu sebaliknya program yang benar-benar menjadikan kita boleh buat duit melalui handphone masing-masing bahkan bermanfaat pula. Saya merasa rugi kerana saya baru sahaja ketahui program ini. Namun syukurlah saya masih belum terlewat.

10. Sesiapapun sudah boleh buat duit dengan handphone. YA. Ini benar. Sesiapapun sudah boleh buat duit dengan handphone sekarang ini walaupun dia baru berumur 12 tahun. Ini kerana syarat utama untuk menyertai program ini adalah sekurang-kurangnya berumur 12 tahun ke atas. Tiada had umur dikenakan. Ini bermakna mana-mana pesara (mereka yang sudah berumur 60 tahun ke atas) serta warga tua boleh join lalu mula buat duit dengan handphone saat keahlian mereka sudah di aktifkan. Bestnya!

11. Semangat kekitaan. Masing-masing mahu maju dan mahu jadi kaya serta berjaya dalam program ini. Oleh itu masing-masing akan saling bantu-membantu, berkongsi ilmu serta memberi semangat.

12. Modal RM98 sahaja serta hanya dibayar sekali sahaja seumur hidup. Membership pun tidak perlu renew, tidak perlu yearly fee juga tidak perlu monthly payment. Produknya iaitu top up kita memang gunakan selalu bahkan ada orang beli top up setiap minggu sekitar RM30 hingga RM50 untuk memenuhi keperluan aktiviti telekomunikasi rutin. Dari kita asyik membayar untuk mengguna tiba masa kita ubah keadaan itu menjadi membayar untuk mengguna kemudian dibayar pula. Sambil mengguna sambil buat duit. Jika lebih ramai orang buat begini maka ekonomi masing-masing akan semakin maju lantas melahirkan komuniti kaya dan berjaya melalui program buat duit dengan handphone yang dijalankan secara sah.

13. Peluang untuk membina kebebasan kewangan. Inilah matlamat saya iaitu mahu memiliki kebebasan kewangan bersama-sama team saya dalam group bimbingan yang saya menjadi mentor secara peribadi. Saya mahu full time dalam program ini kerana saya suka mengajar. Ia adalah satu passion yang benar-benar saya enjoy. Saya bina blog ini kerana saya minat mengajar melalui penulisan artikel minat serta berkongsi ilmu. Blog bagaikan buku online yang saya boleh gunakan untuk mengajar sesiapa sahaja mengenai cara-cara buat duit dengan handphone. Saya tidak takut persaingan kerana fokus saya adalah membantu ahli group saya buat duit melalui handphone masing-masing bermula dari zero hingga menjadi hero.

Anda berminat mahu sertai group bimbingan saya? Isikan borang di ruang Contact. Send nama anda dan nombor telefon untuk saya hubungi melalui WhatsApp atau melalui call biasa. Bimbingan ini adalah percuma.

Tiba masa untuk kita ubah tahap kewangan kita.

Ingat!

Dari kita asyik membayar untuk mengguna tiba masa kita ubah situasi itu menjadi membayar untuk mengguna kemudian dibayar pula.

Jadikan handphone anda sebagai handphone buat duit bukan handphone yang asyik makan duit sahaja.

Ubah tanggungan menjadi sumber pendapatan sampingan selain pendapatan tetap sedia ada.

6 Langkah Bagaimana Mahu Yakinkan Orang Nak Join Anda Buat Duit

buat-duit-dengan-handphone-teamwork-1-1-0

6 Langkah Bagaimana Mahu Yakinkan Orang Nak Join Anda Buat Duit - Buat duit ni sebenarnya senang apabila kena caranya. Segala-galanya akan jadi mudah apabila kita mulakan usaha dengan mindset positif juga dengan ilmu.

Ilmu itulah yang akan memandu usaha kita. Ilmu jugalah yang akan menjadikan usaha kita gagal atau berjaya. Gagal itu sebenarnya bukan gagal.

Ia cuma usaha yang belum menjadi. Oleh kerana itu kita perlu usaha lagi agar dapat hasil yang benar-benar menjadi.

Untuk membantu anda yang buntu serta perlukan saranan bagaimana untuk yakinkan orang lain supaya join anda buat duit dengan handphone sebagai ahli dalam program Tone Plus, saya sarankan ikuti 6 langkah-langkah di bawah. Kesemuanya adalah dari pengalaman saya sendiri.

1. Ceritakan kisah orang-orang yang sudah berjaya. Cara terbaik untuk yakinkan orang baru supaya join anda buat duit dengan handphone sebagai ejen Tone Plus adalah dengan BERCERITA. Simpan gambar orang-orang yang sudah berjaya dalam handphone anda kemudian tunjukkan kepada orang-orang baru. Ceritakan kisah hidup orang-orang yang sudah berjaya dengan Tone Plus serta ceritakan apa yang mereka sudah dapat setelah mengusahakan program Tone Plus sejak beberapa tahun lalu.

2. Show Dont Tell. Tunjukkan semangat anda untuk mahu berjaya dan tampilkan keyakinan diri bahawa anda benar-benar yakin boleh buat duit dengan handphone melalui keahlian dalam program Tone Plus ini. Perlihatkan. Usah cakap sahaja. Pastikan semangat sentiasa membara dan berapi. Light up your fire! Apabila anda yakin dengan sesuatu barulah ia akan benar-benar menjadi. Begitulah juga dengan Tone Plus. Jika anda sendiri sangsi dengan program ini akibatnya anda tidak akan ada semangat serta tidak akan ada inspirasi mahu berjaya dalam bidang telekomunikasi. Cara untuk memberi semangat pada diri sendiri senang saja. Save gambar-gambar impian anda kemudian lihat selalu. Tulis sebab-sebab kenapa anda mahu berjaya dalam Tone Plus.

3. Selalu Nampak. Jadikan mereka selalu nampak iklan-iklan anda. Anda boleh gunakan Facebook Ads untuk tujuan ini. Cara lain adalah dengan ajak orang itu untuk Follow anda di Facebook. Jika anda menggunakan media sosial untuk mempromosi program Tone Plus cadangkan orang itu untuk 'lihat-lihat' akaun anda. Sebabnya anda kena buat orang lain selalu nampak anda. Apabila mereka sudah selalu nampak mereka akan ingat anda. Apabila mereka sudah selalu nampak anda dan ingat anda mereka akan mulai tertarik dengan anda. Seterusnya mereka akan mulai percaya. Nak yakinkan orang yang skeptikal dan orang yang sangsi ambil masa sedikit. Namun percayalah mereka akan menjadi sahabat paling setia saat mereka mulai percaya pada anda saat mengambil keputusan mahu menyertai anda.

4. Ikhlaskan hati. Jadilah orang yang berguna iaitu insan yang bermanfaat kepada insan lain. Keikhlasan hati sukar untuk dipupuk serta sukar untuk disuburkan namun ia boleh dijaga sentiasa dengan cara 'just do it then forget it'. Lakukan saja kemudian lupakan. Setelah itu bantu lagi orang lain. Bantu mereka sehabis baik agar mereka juga boleh buat duit dari handphone masing-masing tak kiralah siapa mereka sama ada orang berjawatan tinggi, professional worker ataupun orang biasa sahaja.

5. Dahulukan bakti bukan bangga diri. Usah bangga sangat menjadi ahli Tone Plus yang berpotensi menjana wang ribu-ribu. Usah menyombong diri. Usah temberang. Usah takbur. Elakkan rasa takbur. Sebaliknya banyak-banyakkanlah berfikir mengenai orang lain dengan cara mencari ikhtiar terbaik bagaimana untuk membantu mereka buat duit dari handphone masing-masing khususnya bagi orang yang benar-benar serius mahu berjaya dalam bidang ini.

6. Jika dia masih tidak mahu tidak bermakna dia tidak mahu selama-lamanya. Beri dia masa. Dalam pada itu teruskan cari orang baru. Teruskan usaha mempromosi. Perah otak untuk memikirkan kata-kata yang anda boleh tulis di Facebook untuk meyakinkan prospek atau orang-orang baru supaya menyertai anda. Fikiran sebab-sebab kukuh kenapa mereka perlu sertai anda dan bukannya ahli Tone Plus lain.

Blog Ini Blog Apa Sebenarnya


Tujuan utama saya bina blog adalah untuk berkongsi informasi mengenai strategi buat duit dengan handphone melalui keahlian tetap dalam program Tone Plus yang sudah ada di Malaysia sejak 2012 lagi.

Jika anda tanya blog ini blog apa sebenarnya, jawapan saya ia adalah blog untuk saya berkongsi informasi mengenai keusahawanan digital serta cara-cara buat duit dengan handphone.

Caranya sudah ada. Strategi sudah ada. Mentor pun sudah ada.

Tinggal atur modal kemudian buat saja.

Kenapa Gunakan Blogspot


Bagi anda yang sudah memiliki blog berasaskan Wordpress pasti tertanya-tanya kenapa saya yang bekerja menjadi Webmaster sepenuh masa memilih untuk menulis blog di platform Blogspot yang dilabel sebagai platform untuk newbie.

Sebagai Webmaster saya juga memiliki lebih dari 5 blog Wordpress yang di dirikan di hosting berbayar serta mengggunakan hosting berbayar untuk 5 tahun akan datang.

Blog-blog Wordpress tersebut saya bina dalam niche tersendiri kemudian saya optimikasi dengan Adsense supaya hasil dari iklan-iklan Adsense tu boleh digunakan untuk membayar kos hosting dan domain di masa akan datang tanpa melibatkan aliran wang dari akaun saya sendiri.

Blogspot saya sukai kerana kemudahgunaannya.

saya gunakan Blogspot kerana saya hanya mahu menumpu kepada penghasilan kandungan tanpa diganggu oleh hal-hal teknikal seperti yang saya selalu alami dengan blog-blog Wordpress kendalian saya.

Lagipun saya hanya mahu menaip artikel lalu tekan butang Publish tanpa diganggu gugat oleh masalah-masalah teknikal.

Idea-idea yang saya perolehi terus saya tuliskan dalam bentuk Draf.

Kadangkala saya menaip artikel blog dari aplikasi Blogger yang saya install di smartphone Android. Saya juga ada install aplikasi Wordpress di handphone yang sama untuk memudahkan saya menaip artikel blog walau sedang on the go.

Blogspot dicipta untuk newbie dan untuk itu ia memiliki pelbagai fungsi yang user friendly.

Walaupun anda gunakan blog Wordpress tapi orang tetap buka kerana mahu baca kandungan. Maka oleh sebab itulah saya hanya mahu menumpu kepada kandungan sepenuhnya tanpa diganggu oleh hal-hal lain misalnya theme, template serta hiasan-hiasan.

Blog ini saya reka sebagai business blog dan bukannya personal blog. Walaupun ia sebuah business blog tapi tetap saya tulis menggunakan pendekatan peribadi sepertimana bahasa perbualan seharian.

Saya bukanlah seorang blogger yag menulis Bahasa Melayu Tinggi sebaliknya lebih selesa menaip artikel menggunakan bahasa perbualan seharian seperti yang kita gunakan di Facebook juga di media sosial lain.

Saya sudah start berblog sejak Mac 2007.

Dari situlah juga saya mulai serius belajar Search Engine Optimization (SEO). Pengalaman sebagai blogger serta skill dalam SEO membolehkan saya mendapat kerjaya hakiki saya sekarang ini iaitu sebagai Webmaster mengkhusus kepada online content.

Saya tidak menulis topik-topik hangat agar blog saya menjadi bacaan ramai sebaliknya hanya menulis dalam niche tertentu. Tumpuan saya adalah dalam micro niche blog dan itulah yang kekal menjadi fokus saya hingga hari ini.

Keusahawanan Digital Era Baru


Blog yang anda sedang baca sekarang ini saya jadikan sebagai wadah untuk saya banyak berkongsi mengenai keusahawanan digital dalam era baharu.

Umur saya sekarang pun sudah mencecah 37. Rasanya saya sudah agak 'senior' (dan masih muda walau sudah tidak lagi seberapa muda).

Misi utama saya dengan blog ini adalah untuk mendidik anda serta pembaca-pembaca lain di luar sana mengenai aspek keusahawanan digital.

Sekarang dalam bulan Mei 2018 kala entri ini saya tulis sesiapapun sudah boleh menjadi usahawan digital asalkan mempunyai handphone dan mempunyai modal permulaan sebanyak RM100 hingga RM300.

Sekarang ni juga budak sekolah pun mampu beli handphone Andrid berharga RM900.

Kalau handphone berharga RM900 boleh beli takkan bisnes digital dalam bidang telekomunikasi bermodalkan RM100 tak boleh nak mula sebab tiada duit?

Hakikatnya hari ini sesiapapun boleh menjadi usahawan digital.

Jika anda lihat pada peringkat global ramai jutawan muda muncul dari era internet.

Nama-nama hebat seperti Elon Musk, Sergey Brin, Larry Page serta Mark Zuckerberg kesemuanya muncul menjadi jutawan kerana bisnes mereka yang berasaskan internet.




Melahirkan Usahawan Muda Dalam Bidang Telekomunikasi Digital


Bidang kerjaya saya adalah dalam bidang internet dan telekomunikasi digital.

Tugas saya adalah mempromosi produk-produk tempat saya bekerja di internet melalui penggunaan laman-laman web, blog-blog, video serta kandungan-kandungan digital yang saya keluarkan di pelbagai akaun media sosial.

Aktiviti seharian saya banyak melibatkan aktiviti content creation kemudian diikuti oleh aktiviti online marketing.

Aktiviti kerja saya ni semuanya saya buat sendiri. Tak ada team atau assistant yang bantu saya.

Kini saya jugalah yang taip artikel blog, cipta imej grafik, buat copywriting kemudian saya jugalah yang memasarkan digital contents tu semua.

Walaupun banyak kerja tapi saya suka buat semua tu. Membuat saya tenggelam dalam dunia sendiri dipenuhi keseronokan.

Dari sinilah saya terfikir pentingnya melahirkan usahawan-usahawan muda dalam bidang telekomunikasi digital.

Usahawan-usahawan muda dalam bidang lain seperti penjualan produk kosmetik, pakaian wanita, tudung, makanan dan minumam serta bidang pelancongan sudah ada ramai tapi masih belum ramai lagi yang berkecimpung dalam bidang telekomunikasi digital.

Untuk anda saya ingin ucapkan terima kasih kerana sering berkunjung ke sini mencari informasi mengenai strategi buat duit dengan handphone berlandaskan platform Tone Plus.

Sepertimana strategi lain dan platform lain program ini mempunyai kelebihan tersendiri juga kelemahan tersendiri.

Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang kerana setiap dari kita punyai keinginan berbeza, matlamat berbeza serta keinginan berbeza yang lahir dari latar belakang berbeza.

Apa-apapun, kita tetap gunakan handphone tiap-tiap hari.




Dari kita asyik mengguna dan asyik membayar bertahun-tahun lamanya sejak di masa lalu, tiba saat kita ubah semua itu.

Ubah handphone jadi sumber pendapatan bukan lagi bebanan bulanan.

12 Kelebihan Buat Duit Dengan Handphone Melalui Program Tone Plus

Buat-Duit-Dengan-Blog-1-1-1

Buat duit dengan Handphone melalui program Tone Plus - Tone Plus merupakan program buat duit dengan handphone yang telah diperkenalkan di pasaran malaysia sejak tahun 2012 kemudian mula merebak ke pasaran Sabah pada tahun 2014 bermula di daerah Tawau kemudian bergerak ke kawasan lain iaitu Kota Kinabalu dan Sandakan.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa perlu buat duit dengan handphone melalui Tone Plus? Kenapa perlu sign up jadi ahli Tone Plus sedangkan ada banyak lagi platform buat duit yang lain di luar sana?

Ramai orang memilih Tone Plus kerana...

1. Produk patuh syariah. Produk Tone Plus telah disahkan patuh syariah oleh Amani Advisors Sdn. Bhd. dan sijil patuh syariah Tone Plus telah dikeluarkan pada 11 April 2017 serta ditandatangani sendiri oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan Pengerusi Eksekutif Amani Advisors. Ini bermakna produk Tone Plus adalah produk bebas dari syubhah serta tidak mengandungi unsur-unsur tersembunyi yang membebankan pengguna khususnya pengguna handphone beragama Islam yang serius bergiat aktif.

2. Peluang untuk dapat repeat sales berkali-kali dari orang yang sama. Jika anda berniaga dan sudah ada bisnes anda pasti faham pentingnya mendapat untung. Kita berniaga semata-mata mahu dapat untung.. kan? Tapi bolehkah kita dapat jaminan bahawa kita akan dapat untung berkali-kali melalui jualan berkali-kali (repeat sales) dari orang yang sama? Sebagai contoh jika anda menjual tudung secara online ada tak jaminan bahawa customer anda sebelum ini akan datang semula membeli tudung dari anda berkali-kali walau sudah membeli sebelum ini? Jika anda menjual makanan dan minuman di kafe atau di restoran sendiri, ada jaminan tak bahawa pelanggan anda akan tetap datang berkali-kali selepas ini? Jawapannya - ia bermusim. Tapi apabila anda beralih ke proses buat duit dengan handphone melalui program Tone Plus anda akan dapat repeat sales berkali-kali. Proses ini akan berlaku berkali-kali di tahun-tahun akan datang.

Pasaran Besar Potensi Utama


3. Produk mudah jual dan pasaran pun besar!. Pakej keahlian Tone Plus dan produk utama Tone Plus iaitu simkad Tone Plus mudah dijual kepada pelanggan baru yang sign up untuk jadi ahli baharu. Kenapa mudah? Sebab hanya perlu tukar simkad dan tukar talian tanpa perlu menukar nombor juga tanpa perlu tukar rutin aktiviti komunikasi sehari-hari. Kebanyakan mereka yang join Tone Plus merasa yakin kerana prosesnya mudah iaitu hanya tukar simkad sahaja. Simkad Tone Plus didatangkan sekali dengan pakej keahlian serta boleh digunakan untuk langgan data, buat call juga send mesej sepertimana simkad anda sebelum ini. Golongan sasaran kita adalah pengguna handphone. Cuba lihat sekeliling anda. Pengguna handphone mudah alih di Malaysia sudah mencecah 42 juta. Pasaran amat besar!

4. Syarikat yang kukuh dan berkaliber. Program Tone Plus dikendalikan serta diselia oleh Tone Plus Sdn. Bhd.(821189-A) Syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 2012. Sehingga ke hari ini ditahun 2018 (kala artikel ini saya tulis) umur Tone Plus sudah menjangkau 7 tahun! Tone Plus Sdn. Bhd adalah anak syarikat kepada Tone Group yang telah ditubuhkan 2009 dan telah mendapat lesen Application Service Provider (ASP) daripada SKMM. Tone Group juga berdaftar di bawah Consumer Forum Malaysia (CFM).

Misi program Tone Plus adalah "Menawarkan platform peluang perniagaan kepada semua pengguna telefon bimbit prabayar untuk menjana dan menikmati pendapatan pasif secara berulang bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia.". Ahli Tone Plus baru berjumlah 290,000 orang diseluruh Malaysia. Persaingan masih sedikit. Pasaran pula amat besar. Anda masih berpeluang buat duit sebanyak-banyaknya dengan program ini.

5. Komisyen tinggi berbanding program lain. Setelah anda menjadi Normal Member dalam Tone Plus serta sudah mendaftar 4 orang pada peringkat permulaan anda akan layak untuk mendapat komisyen sebanyak 13% dari nilai top up setiap kali orang yang anda daftar itu top up kredit prepaid mereka. Ini bermakna setiap kali mereka top up maka setiap kali itu jugalah anda akan mendapat komisyen. Nilai komisyen akan meningkat apabila ranking anda meningkat.

Income Stream Pelbagai


6. Wujud multiple source of income. Anda ada peluang memperolehi 4 saluran pendapatan dari 1 program yang sama. Tone Plus amat berlainan sekali jika dibanding dengan strategi buat duit melalui handphone yang lain di Malaysia seperti OneXOX atau Tronexus. Kenapa pula? Ini kerana Tone Plus memberi komisyen top up, memberi bonus awal tahun setiap kali anda aktif mendaftar ahli baharu kemudian paling hebat sekali adalah bonus royalti simkad yang unlimited serta pasif pula. Jumlah komisyen top up, bonus serta royalti akan meningkat seiring dengan kenaikan ranking anda dalam sistem keahlian Tone Plus.

7. Kos untuk bermula kurang dari RM100. Untuk bermula buat duit dengan handphone melalui Tone Plus, anda cuma perlu membayar RM98.60 sahaja. Hari ini dalam tahun 2018 nilai RM100 lebih kurang sama dengan RM20 sahaja. Setelah mendaftar anda akan mendapat pakej keahlian Tone Plus beserta simkad Tone Plus. Selain itu akan menerima sistem pengurusan ahli secara online (dipanggil TPMMS - Tone Plus Member Management System) yang anda boleh buka di handphone di mana-mana sahaja selagi ada talian internet. Anda juga akan mendapat akaun Self Cara untuk anda melihat rekod panggilan serta rekod langganan data yang anda sudah buat sebelum ini. Apabila komisyen bulanan anda sudah melebihi RM100 pada setiap bulan anda sudah boleh aktifkan fungsi Auto TopUp yang membolehkan simkad anda di tambah nilai secara automatik.

8. Dengan beli top anda sudah dapat 3 faedah lain iaitu BIG Point Air Asia (kumpul point ni untuk tebus dengan tiket penerbangan Air Asia), perlindungan insurans peribadi bernilai RM50,000 dari Etiqa Insurance kemudian berpeluang untuk bercuti ke luar negara.

9. Income dimasukkan ke akaun bank dalam nilai Ringgit Malaysia. Komisyen dan bonus terkumpul yang anda perolehi sebagai ahli Tone Plus akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Yang bestnya anda boleh gunakan mana-mana bank komersil di Malaysia untuk menerima income dari Tone Plus kecuali Tabung Haji dan Amanah Saham (misalnya ASB atau ASN). Income yang anda terima dari Tone Plus adalah wang sebenar dalam Ringgit Malaysia bukannya wang digital seperti BitCoin, Crypto Currency ataupun PayPal. Income yang anda terima dari Tone Plus dalam akaun bank anda itu boleh dikeluarkan untuk belanja.

10. Pendapatan boleh diwarisi. Income yang anda perolehi selama menjadi ahli Tone Plus boleh diwariskan kepada ahli keluarga anda, kepada pasangan atau kepada sesiapa sahaja dikalangan keluarga anda.

11. Tunjuk ajar dan online training berterusan. Apabila anda sign up sebagai ahli baru secara automatik anda akan dapat bimbingan secara online (percuma) sepanjang hidup selagi anda masih aktif bersama Tone Plus. Ini kerana Tone Plus adalah program bersifat komuniti dan program buat duit dengan handphone yang dijalankan secara berjemaah. Masing-masing saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk sama-sama maju.

12. Jaminan wang dikembalikan. Jika dalam masa 30 hari anda tak dapat sesen pun income daripada Tone Plus, kami akan kembalikan wang anda tanpa banyak soal. Syaratnya, anda kena tunjukkan dengan terperinci bagaimana langkah-langkah juga apa tindakan-tindakan yang telah anda buat.

Untungnya Buat Duit Dengan Handphone Melalui Tone Plus


Melalui penerangan saya di atas, jelaslah sudah bahawa memang kita tidak rugi apabila memutuskan untuk buat duit dengan handphon melalui Tone Plus. Program ini amat bermanfaat, selamat serta terjamin.

Sudah ada ramai anak-anak muda yang berjaya buat duit dengan handphone masing-masing bermula sebagai ahli biasa dalam Tone Plus. Mereka juga seperti anda satu ketika itu (budak baru nak up atau BBNU) kemudian hasil usaha berterusan mereka telah berjaya menikmati income sekitar RM20,000 hingga RM100,000 dari handpohone masing-masing yang menggunakan simkad Tone Plus.

Ada yang sudah berjaya membeli rumah (bahkan lebih dari satu buah rumah), beli kereta, beli motorsikal dan berkahwin. Semuanya menggunakan duit hasil dari Tone Plus.

Bagi saya inilah dia program buat duit dari handphone yang sebenar.

Bukan pelaburan, bukan duduk diam dapat duit juga bukan skim piramid main simpan duit lepas tu dapat pulangan sebulan kemudian. Bukan.

Ini adalah program perniagaan sebenar. Wujud transaksi jual beli kemudian wujud 4 aliran sumber pendapat dari 1 program yang sama.

Semuanya terpulang kepada anda.

Untuk konsultasi percuma juga untuk proses pendaftaran hantarkan nombor telefon anda kepada saya diruang Contact untuk saya hubungi kemudian. Anda akan menerima buku panduan, tools serta bimbingan berterusan dari saya.

Rebut peluang buat duit dengan handphone ini sekarang juga!

4 Tafsiran Buat Duit Dengan Handphone

Buat-Duit-Dengan-Blog-1-1-2-640x425

4 tafsiran buat duit dengan handphone bagi saya - dalam artikel blog kali ini saya ingin perbetulkan salah anggap mengenai konsep "buat duit dengan handphone".

1. Buat duit dengan handphone mengikut tafsiran saya adalah dengan menukar simkad kepada simkad buat duit (bukannya simkad yang asyik makan duit) kemudian mengajak pengguna handphone lain melakukan hal yang sama supaya mereka juga boleh buat duit dari handphone masing-masing saat menjalani aktiviti telekomunikasi sehari-hari. Sambil guna sambil tu buat duit dalam masa yang sama.

2. Buat duit dengan handphone yang saya maksudkan bukan yang jenis pelaburan, bukan jenis main saham, bukan main BitCoin dan bukan jenis main install app kemudian biarkan handphone begitu sahaja seolah-oleh boleh mengeluarkan duit dengan sendirinya.

3. Buat duit mengikut tafsiran saya adalah aktiviti memberi manfaat kepada pengguna handphone lain tanpa membebankan mereka. Ia dilakukan tanpa menabur janji-janji manis kononnya apabila buat apa yang diperlukan terus dapat duit banyak dalam masa yang singkat.

4. Buat dengan duit dengan handphone yang sebenar adalah dilakukan oleh ejen berdaftar atau pengedar bertauliah yang berdaftar (mempunyai nombor ID yang sahih) dan bukannya dengan memberi duit kepada pihak lain untuk menjadikan duit itu 'beranak pinak' melalui handphone sahaja tanpa ada melibatkan urusan jual beli.

Buat duit dengan handphone mudah dilakukan.

Caranya adalah sertai program Tone Plus kemudian cerita kepada orang lain di sekeliling bahawa mereka juga berpeluang untuk buat duit dari sekecil-kecil nilai hinggalah ke sebesar-besar nilai dengan melakukan hal yang sama sepertimana anda.

Lagi satu Tone Plus dinaungi serta ditadbir oleh syarikat yang kukuh serta sudah lama beroperasi iaitu sejak dari tahun 2012 lagi. Syarikat Tone Plus tidak pernah gagal membayar komisyen serta tidak pernah lewat membayar komisyen kepada ahli-ahli.

Skim ganjaran dalam program buat duit dengan handphone dikuasakan oleh simkad Tone Plus adalah berdasarkan usaha masing-masing. Makin rajin makin banyaklah dapat. Ia bukan duduk diam dapat duit.

Ia bukan baring malas-malas dapat duit. Ia adalah sambil guna sambil buat duit. Sambil kita top up untuk langgan data, buat call serta hantar mesej sambil itu jugalah kita buat duit.

Kesimpulannya, strategi buat duit dengan handphone menggunakan platform Tone Plus adalah dengan tukar simkad, buat top up, pakai untuk aktivit telekomunikasi rutin (langgan data, call, mesej) kemudian ajak pengguna handphone lain buat perkara yang sama iaitu tukar simkad, top up, pakai kredit kemudian cerita lagi pada orang lain pula.

Anda tidak perlu menjual. Anda hanya perlu cerita kemudian share cerita itu kepada seberapa ramai pengguna handphone di luar sana. Tidak semua orang sesuai untuk buat duit dari handphone kerana ia hanya sesuai untuk pengguna handphone yang benar-benar serius mahu buat duit.

strategi ini nampak agak slow di peringkat permulaan tapi apabila sampai ke satu tahap tertentu aliran wang anda akan jadi stabil serta sustainable.

Dari situlah anda boleh perolehi unlimited income supaya anda boleh beli unlimited data dan buat unlimited call kepada sesiapapun jua kerana sudah ada unlimited income yang tetap datang walau sudah tidak bekerja lagi.

Apabila itu sudah berlaku, anda sudah tidak perlu risau pasal top up kerana duit komisyen yang anda dapat hasil usaha anda sudah boleh digunakan untuk membeli top up secara automatik.

Sebagai ejen Tone Plus serta ahli Tone Plus apabila komisyen anda sudah naik anda boleh aktifkan fungsi Auto Top Up yang akan menolak sejumlah wang dari komisyen bulanan anda untuk dijadikan sebagai perbelanjaan top up macam potongan bulanan untuk KWSP anda.

Buat duit dengan handphone sebagai ejen Tone Plus memang menguntungkan. Buat kerja sekali untung datang berkali-kali.

Buat Duit Dari Aktiviti Komunikasi Sehari-hari

Blog-Tone-Plus-2

Ekonomi di pertengahan tahun 2018 diramal akan jadi semakin mencabar walaupun GST akan ditukar menjadi zero peratus bermula dari awal Jun 2018.

Nilai mata wang ringgit masih rendah dan harga minyak di pasaran global juga masih tinggi.

Akibatnya harga minyak di pasaran Malaysia turut menjadi tinggi.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu sekarang ini, ada satu benda yang langsung tidak dipengaruhi oleh masalah ekonomi iaitu handphone kita.

Sesusut manapun nilai matawang Ringgit Malaysia dan setinggi manapun harga minyak sedarilah hakikat KITA TETAP GUNA HANDPHONE.

Oleh kerana itu apakata kalau kita manfaatkan handphone sebagai salah satu sumber pendapatan?

Mengapa tidak kita berniaga dalam bidang telekomunikasi?

Kita tidak perlu keluarkan produk.

Kita tidak perlu cipta produk.

Kita tidak perlu jual top up dan tidak perlu jual barang yang orang lain tidak perlu sangat juga yang tidak terdesak sangat.

Produk dalam bidang telekomunikasi ini adalah produk yang sekarang ini menjadi keperluan orang ramai.

Biasanya, produk-produk dalam industri telekomunikasi dan teknologi adalah:


  • smartphone dalam pelbagai model.
  • Handphone biasa dalam pelbagai model.
  • Pelan prabayar.
  • Pelan pascabayar.
  • Aksesori telefon dalam pelbagai jenis, pelbagai bentuk, pelbagai kategori.


Cuba lihat.

Disebalik semua itu produk yang paling penting adalah pelan prabayar dan pelan pascabayar.

Sekarang ini pelan prabayar adalah pelan telekomunikasi yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia mengikut statistik dari

Dari sini saya dapat fahami bahawa pelan prepaid lebih diminati oleh jutaan pengguna handphone di Malaysia kerana kemudahgunaannya iaitu hanya isi kredit apabila mahu pakai sahaja.

Lagipun, apabila menjadi pengguna prepaid, kita tidak akan terikat dengan mana-mana kontrak pakej telekomunikasi yang melibatkan bayaran tetap pada jumlah tertentu pada setiap hujung bulan.

Itulah yang bestnya guna prepaid.

Handphone adalah benda yang paling dekat dengan kita dan paling banyak kita gunakan dalam aktiviti sehari-hari.

Dalam bulan Mei 2018, dari pemerhatian saya, kebanyakan orang menghabiskan 80% dari masa mereka untuk handphone.

Ada yang baring-baring sambil pegang fon, ada yang memandu sambil mata menonton video streaming di fon dan ada yang main game di fon kala masa terluang selepas habis waktu bekerja juga ketika waktu rehat di masa bekerja.

Bagi yang bekerja, pasti tak lekang dengan handphone.

Dalam dunia hari ini handphone adalah sahabat baik kita tidak kira di mana jua kita berada.

Tak kira ke manapun kita, handphone mesti di bawa.

Handphone adalah satu benda yang kita tidak boleh hidup tanpanya.

Dalam pada itu, selama kita asyik mengguna handphone, apa kata kalau kita manfaatkan aktiviti kita dengan handphone sebagai cara untuk kita jana pendapatan sampingan?

Perkara ini mudah sebenarnya iaitu semudah top up, pakai, reload kemudian pakai lagi.

Jika nak buat duit dengan lebih lagi caranya adalah dengan mengajak lebih ramai orang melalukan apa yang anda lakukan iaitu top up, pakai reload kemudian pakai lagi, selepas itu cerita dengan orang supaya mereka berminat mahu buat seperti anda.

Siapa yang tidak mahu buat duit dari aktiviti telekomunikasi sehari-hari?

Saya menulis artikel ini dari perspektif seorang pengguna handphone biasa.

Sebenarnya saya ada satu perasaan muak di mana saya muak asyik pegang handphone dan asyik main fon pada setiap hari.

kadangkala saya merasa terbebean asyik kena beli top up untuk 'menghidupkan' kredit handphone saya.

Cubalah kalau setiap kali saya top up tu tiba-tiba saya mendapat rebat atau pulangan wang?

Bukankah bagus kalau begitu?

Pulangan wang yang saya dapat itu kalau dikumpul-kumpul kesemuanya pasti sudah boleh digunakan untuk membeli top up di masa akan datang.

Jana Lebih Banyak Wang


Cara untuk jana lebih banyak wang adalah dengan memberi manfaat dengan orang lain.

Bagaimana tu?

Ajar mereka lakukan apa yang anda lakukan supaya mereka juga boleh buat duit dari aktiviti komunikasi masing-masing.

Dari asyik menggunakan handphone tidak dapat apa-apa bertahun-tahun lamanya, apa kita ubah kepada mengguna handphone tapi dapat buat duit dari aktiviti komunikasi setiap hari.

Handphone adalah benda wajib dan keperluan kita sehari-hari.

Dari kita asyik membayar dan mengguna, baik kita tukarkannya menjadi membayar, mengguna kemudian dibayar?

Alangkah itu lebih baik untuk kita sebagai pengguna handphone?

Matlamat Peribadi Saya


Jika anda mahu tahu apa dia matlamat peribadi saya, usah ragu-ragu kerana saya akan katakannya di sini.

Matlamat utama saya adalah membantu pengguna handphone (sesiapapun jua, asal memiliki handphone) menjana pendapatan dari aktiviti komunikasi sehari-hari.


Kenapa Saya Sertai Program Ini


Kenapa Saya Sertai Program Ini - Semuanya bermula apabila saya terfikir mahu memiliki sumber pendapatan sampingan hasil dari melakukan aktiviti komunikasi rutin sehari-hari di handphone saya. Sekarang ini saya percaya anda sendiri mempunyai handphone dan pasti sering menggunakan handphone sepanjang masa.

Begitu jugalah saya. Pengguna handphone sepanjang masa sepertimana anda.

Pada suatu hari saya terfikir bolehkah top up yang saya beli untuk handphone ditukar menjadi cash lalu dibayar ke akaun bank saya? Perkara itu seakan mustahil.

Masa terus berlalu.

Saya sendiripun sibuk dengan tugasan kerja.

Rutin saya tidak berubah. Bangun pada awal pagi, mandi lalu bersiap untuk pergi kerja kemudian pergi kerja. Apabila sampai di tempat kerja saya akan buat kerja sehinggalah waktu kerja habis pada jam 5 petang.

Selepas itu saya bersiap-siap untuk balik ke rumah. Apabila sampai di rumah, saya mandi dan bersantai-santai. Apabila waktu tidur sudah tiba saya masuk ke bilik, baring-baring di atas katil, berfikir-fikir mengenai hal-hal yang terjadi pada hari ini kemudian tidur.

Setelah itu, saya bangun awal pagi pada keesokan paginya, mandi lalu bersiap untuk pergi kerja.

Begitulah rutin harian saya. Rutin di handphone juga tidak banyak berubah. Selesai mandi di awal pagi dalam proses bersiap-siap untuk pergi kerja, saya akan buka WhatsApp untuk membaca mesej-mesej terkini yang masih unread.

Walaupun saya tidur tapi handphone saya tetap saya biarkan online supaya saya tidak terlepas mesej-mesej terkini di WhatsApp yang akan terus masuk selagi handpohone saya kekal online.

Andai kata handphone saya offline maka saya tidak akan dapat menerima mesej-mesej terkini yang akan masuk ketika saya sedang tidur.

Oleh kerana itu saya biarkan sahaja mobile data di handphone saya terbuka supaya mesej-mesej WhatsApp dapat masuk untuk saya baca pada awal keesokan paginya saat sedang bersiap-siap mahu ke tempat kerja.

Apabila tiba waktu siang di tempat kerja, saya akan buka WhatsApp, buka Facebook, buka Twitter, buka WeChat dan buka Gmail.

Begitulah rutin aktiviti komunikasi saya.

Sekarang ini saya gunakan simkad prepaid.

Setiap dua minggu saya akan beli top up untuk isi semula kredit handphone saya. Kadangkala saya beli top up berjumlah RM50 sekaligus untuk penggunaan sebulan.

Biasanya kos penggunaan kredit prepaid saya adalah dalam RM50 hingga RM70 sebulan. Kredit prepaid yang ada dalam simkad saya lebih banyak saya gunakan untuk langgan data.

Kalau untuk call dan sms itu jarang sekali saya buat. Tapi kalau WhatsApp dan Facebook, itu memang banyak saya gunakan. Ini kerana saya sentiasa buka Facebook dan WhatsApp di handphone untuk be in touch dengan perkembangan terkini.

Kalau dulu nak baca berita atau perkembangan-perkembangan terkiin saya akan buka laman web Berita Harian tetapi kini tidak lagi sebab saya lebih banyak ikuti Twitter. Semua berita-berita terkini biasanya akan terpampang di Twitter.

Aktiviti komunikasi saya lebih banyak terarah kepada penggunaan Instant Messaging di WhatsApp. Saya menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan ahli keluarga, dengan rakan-rakan sekerja juga dengan rakan-rakan lain di dalam group yang kami buka.

Oleh kerana itu kalau tidak online walau sehari, seakan ada yang 'sumbang'.

Pernah sekali kredit prepaid saya habis kemudian saya pula sibuk dengan tugasan kerja hingga tidak dapat keluar ke 7-Eleven untuk membeli top up. Saya tidak dapat membaca mesej-mesej WhatsApp untuk sejam dua.

Walau cuma sejam dua tapi saya resah kerana tidak dapat membaca mesej-mesej terkini. Takut pula manatau ada mesej penting masuk ke WhatsApp saya.

Begitulah rutin aktiviti komunikasi saya.

Dari penerangan tadi, anda dapat fahami saya jarang main games di handphone sebaliknya lebih banyak membuka WhatsApp dan Facebook untuk membaca perkembangan terkini.

Anda juga dapat fahami setiap 2 minggu pasti saya akan beli kredit top up supaya saya dapat langgan data.

Bila Semuanya Berubah


Segalanya berubah apabila saya sudah muak asyik membeli top up tapi langsung tidak dapat pulangan apa-apa.

Sudah bertahun-tahun lamanya saya menjadi pengguna simkad prepaid iaitu sejak tahun 2005 lagi sebagai pengguna simkad prepaid DiGi.

Akan tetapi saya hanya membayar duit untuk membeli top up prepaid tapi langsung tidak mendapat apa-apa pulangan tunai walau cuma 1 sen pun.

Itulah yang terjadi sejak tahun 2005. Saya menjadi pengguna prepaid setia yang akan membeli prepaid untuk memastikan simkad saya sentiasa 'hidup'.'

Juga supaya handphone saya 'bernyawa'.

Pernah pada suatu ketika saat saya sedang dihimpit masalah kewangan saya terpaksa beli reload top up sebanyak RM50 untuk memastikan kelangsungan hidup handphone saya sedangkan pada masa itu saya amat kesempitan duit.

Saya sanggup buat begitu kerana handphone adalah benda penting dalam hidup saya. Dengan handphone saya dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga. Dengan handohone saya dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja supaya tidak ketinggalan perkembangan terkini.

Kala sedang dihimpit masalah kewangan itulah saya terfikir kalaulah satu hari saya boleh dapat duit dari kerajinan saya beli top up dan guna handphone.. kan bagus?

Sekarang ini dalam setiap aspek kehidupan kita pasti akan gunakan handphone kerana dengan handphone itulah kita berhibur, ambil gambar, berhubung, berkomunikasi, bercakap, berbual, bertukar-tukar gambar, melihat video dan mengikut perkembangan berita-berita terkini.

Lifestyle kita sekarang adalah lifestyle 'semuanya dihujung jari'.

Kita melakukan transaksi perbankkan pun semuanya dihujung jari. Perbankkan internet seperti Maybank2u, CIMB Click, RHB Now semuanya dilakukan di handphone kita - yang penting pastikan online terlebih dahulu.

Semuanya serba-serbi 'online' sekarang ni.

Terdetik dari situlah saya terfikir mahu ada sumber pendapatan sampingan yang datang dari rutin aktiviti komunikasi harian sepertimana biasa.

Saya mahu sumber pendapatan sampingan itu wujud dari aktiviti yang menjadi kebiasaan supaya saya tidak merasa terbeban melakukannya.

Akhirnya, saya menemui apa yang saya cari-cari.

Sebagai pengguna simkad prepaid, saya boleh menjana income sampingan tanpa perlu menukar nombor telefon dan tanpa perlu merubah aktiviti komunikasi saya yang menjadi kebiasaan saya sehari-hari juga yang menjadi keperluan semasa saya iaitu membuka WhatsApp, buka Facebook, WeChat, Gmail, Twitter juga membuka YouTube apabila perlu.

Income sampaingan yang saya perolehi adalah dalam nilai sen-sen tapi saya tahu ia akan meningkat sedikit demi sedikit jika saya ikuti caranya.

Kini apa yang saya mahukan menjadi kenyataaan iaitu menjadikan rutin aktiviti komunikasi harian sebagai sumber pendapatan sampingan selain gaji tetap dari kerjaya hakiki.

Jika orang lain sebelum saya sudah berjata menikmati gaya hidup senang lenang hasil dari mengusahakan apa yang saya temui ini, saya pasti saya juga boleh melakukannnya.

Anda juga boleh.

Semuanya dari kesungguhan mahu mendapat duit dan untung dari aktiviti komunikasi seharian tanpa perlu mengubah rutin sebelum ini kita lakukan.

Order pizza dan order McD pun kita boleh lakukan secara online.

Pendek kata, semuanya itu sudah menjadi rutin aktiviti komunikasi kita. Dari situlah kita punyai lifestyle kita sekarang ini.

Ubah Rutin Jadi Sen-sen

Dari situlah saya terfikir mahu jadikan aktiviti komunikasi rutin sebagai sumber untuk saya dapat duit. Idea untuk itu sudah ada tapi saya tidak tahu bagaimana caranya.

Semuanya kerana saya sudah muak membayar duit untuk membeli top up prepaid.

kali ini, saya mahu dapat duit dari aktiviti penggunaan kredit prepaid saya.

Mana tahan sudah bertahun-tahunu lamanya jadi pengguna prepaid tapi langsung tidak dapat apa-apa untung walau 1 sen pun.

Alangkah dungunya saya!

Nasib baiklah saya masih ada masa untuk ubah semua itu.

Alhamdulillah. Masih tidak terlalu lewat.

Tune Talk Tone Plus - Bisnes Yang Tak Perlu Busyness

Tune Talk Tone Plus - Bisnes Yang Tak Perlu Busyness

Tune Talk Tone Plus - Bisnes Yang Tak Perlu Busyness | Sebab utama kenapa saya serius dalam bisnes sebagai agen Tone Plus adalah kerana potensinya untuk menjadi sebuah bisnes yang sustainable serta boleh bergerak sendiri tanpa perlu di urus sepanjang masa oleh pengusahanya iaitu saya.

Kebanyakan bisnes yang ada di luar sana seperti bisnes food truck, bisnes kedai runcit, bisnes gerai burger, bisnes pelancongan, bisnes bengkel kereta atau bengkel motor, bisnes kelapa sawit, bisnes tuisyen ataupun bisnes sebagai pemandu Grab mahupun Uber, kesemua tetap memerlukan pengusaha untuk bisnes itu bergerak.

Maknanya, ada pengusaha bisnes barulah bisnes boleh jalan dan baru boleh generate untung. Maksudnya, pengusaha perlu mengurus bisnes bermula dari membuat persediakan untuk berniaga, membuka perniagaan, mengurus transaksi jual beli, mengurus pembayaran kemudian mengira jumlah untung untuk hari itu.

Esoknya, akan melakukan rutin yang sama.

Apa akan jadi kalau pengusaha tidak berniaga? Apa akan jadi kalau pengusaha atau usahawan tersebut tiba-tiba sakit dan tidak dapat berniaga pada hari itu?

Sudah tentu bisnes pun tidak dapat bergerak. Dia tidak dapat berniaga dan akibatnya tidak ada untung masuk. Inilah yang saya maksudkan dengan perniagaan aktif iaitu perniagaan yang memerlukan campur tangan pengusahanya. Tanpa pengusaha, bisnes tidak boleh bergerak. Tak dapat nak buka bisnes pada hari itu.

Bisnes Yang Bergerak Sendiri Walau Pengusaha Tidak Berbisnes


Saya memilih bisnes pasif kerana ia adalah satu jenis bisnes yang boleh bergerak sendiri tanpa campur tangan pengusahanya yakni walau pengusahanya tidak keluar berbisnes.

Bisnes pasif amat bermanfaat kerana perniagaan tetap berjalan dan tetap memberi untung harian walau pengusahanya tidak ada di situ ataupun walau pengusahanya malas mahu berniaga pada hari itu.

Bisnes pasif boleh bergerak sendiri dan boleh berdiri sendiri kerana ada sistem teratur yang membolehkanya memberi untung berterusan walaupun pengusaha tidak masuk campur.

Kenapa? Ini kerana proses perniagaan bisnes pasif tidak berlaku secara terus semasa dalam proses jual beli sebaliknya berlaku apabila pelanggan membeli sesuatu kemudian si pengusaha mendapat untung secara indirect dalam proses tersebut.

Untung Direct Dan Untung Indirect


Bagi saya untung direct adalah untung yang kita dapat semasa kita terlibat dalam proses jual beli. Maksudnya, kita dapat untung apabila kita menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan untuk dibeli oleh orang lain.

Untung direct terhasil dari proses perniagaan runcit iaitu proses jual beli. Saya beli kemudian saya jual kepada orang lain. Sebagai contoh, saya beli sesuatu produk pada harga RM78 kemudian saya jual pada harga RM98.

Dari situ saya dapat untung RM20 dari setiap pelanggan yang datang membeli produk yang saya jual itu. Inilah yang saya maksudkan dengan untung direct iaitu jumlah untung yang kita terima setelah kita dapat menjual sesuatu produk.

Ambil contoh penjual nasi lemak. Katakanlah kos untuk dia mengeluarkan sebungkus nasi lemak adalah RM1.50 setiap satu. Untuk mendapat untung dia perlu menjual nasi lemak pada harga lebih tinggi dari harga kos supaya dia dapat untung.

Penjual nasil lemak tersebut mungkin akan menjual nasi lemak pada harga RM2 setiap satu atau RM2.50 setiap satu. Asalkan bukan RM1.50 setiap satu. Kalau tidak, mana ada untung.

Kalau tidak ada untung buat apa berniaga.. kan?

Untung indirect pula adalah untung yang kita perolehi dalam bentuk komisen. Saya bekerja dalam sektor pelancongan. Setiap kali saya menjual pakej pelancongan kepada pengunjung pihak syarikat akan memberi saya komisen sebagai ganjaran kerana menjual pakej tersebut.

Sebagai contoh, saya menjual pakej pelancongan pada harga RM200. Setiap kali saya berjaya jual pakej tersebut,syarikat tempat saya bekerja akan bayar komisyen RM50 untuk setiap orang yang membeli pakej itu.

Maka RM50 yang saya dapat itu adalah untung indirect.

Ini kerana saya menjuak produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh orang lain. Setiap kali proses jualan berlaku maka setiap kali itu jugalah saya mendapat untung.

Jika dalam untung direct, ia biasanya berlaku dikalangan peniaga yang mengeluarkan produk sendiri. Sama seperti penjual nasil lemak tadi.

Tapi dalam untung indirect, ia biasanya berlaku di kalangan peniaga yang menjuak produk orang lain untuk mendapat untung dalam bentuk komisyen. Makin banyak produk terjual maka makin banyaklah untung yang kita dapat.

Dalam Bisnes Tone Plus Ada Kedua-duanya Sekali


Ya! Dalam bisnes sebagai agen tone Plus, kita nikmati untung runcit dan untung pasif. Kita dapat kedua-duanya iaitu untung direct dan untung indirect.

Ini kerana kedua-duanya berlaku serentak. Saat kita mula-mula sign up sebagai agen Tone Plus kita akan membayar wang sebanyak RM98 untuk modal permulaan juga untuk membership fee sebagai ahli Tone Plus seumur hidup.

Tatkala kita sudah menjadi ahli Tone Plus, untuk mula berniaga kita perlu membeli simkad Tone Plus untuk dijual semula pada ahli-ahli baharu supaya kita dapat untung.

Itu proses pertama

Proses kedua pula bermula apabila orang yang kita daftarkan itu dan orang yang membeli simkad yang kita jual padanya itu membeli top up untuk mengisi semula kredit simkad yang digunakannya. Disitulah berlaku untung indirect.

kenapa? Ini kerana setiap kali dia top up atau setiap kali dia reload kredit simkad yang digunakannya, maka setiap kali itu jugalah kita akan dapat komisyen yang diberikan oleh pihak syarikat Tone Plus Sdn. Bhd.

Komisyen tersebut adalah ganjaran kepada kita (sebagai agen juga sebagai pengedar) kerana membantu syarikat mengedarkan produk mereka iaitu simkad dan pakej telekomunikasi dalam simkad tersebut.

Pembayaran komisyen tidak akan silap. Ini kerana bisnes sebagai agen Tone Plus mempunyai sistem pernagaan yang kukuh dan berjalan secara digital juga secara online. Sistem tersebut tidak bergerak secara 'on paper' dan tidak melibatkan transaksi di atas kertas.

Kesemuaya dilakukan secara digital dan secara online. Sebagai agen Tone Plus setiap simkad yang anda jual telah direkodkan atas nama anda.

Setiap kali simkad tersebut top up atau ditambah nilai kredit maka setiap kali itu jugalah anda akan menerima komisen. Ini samalah dengan bisnes rumah sewa. Setiap kali orag bayar sewa pada setiap hujung bulan maka setiap kali itu jugalah kita dapat untung.

Dalam bises rumah sewa, kita beli rumah sekali sahaja tapi kita akan dapat untung berkali-kali setiap kali penyewa yang tinggal di situ membayar sewa kepada kita. Inilah rahsia kenapa usahwan bisnes hartanah mendapat untung secara indirect secara berterusan walaupun mereka tidak bekerja langsung dan hanya tidur di rumah.

Nampak tak apa yang bestnya buat bisnes sebagai agen Tone Plus? Anda dapat untung direct dan untung indirect. 2 untung dalam 1 bisnes. Anda akan dapat untung direct dalam bentuk untung runcit juga untung indirect dalam bentuk komisen top up.

Untung Add On


Bagi saya bisnes Tone Plus memberi dua lagi untung indirect iaitu seperti berikut:

1. Bonus Hujung Tahun.
2. Bonus Royalti atau dipanggil bonus overriding

Bonus hujung tahun adalah bonus yang and akan dapat berdasarkan jumlah pendaftaran ahli-ahli baharu yang anda lakukan pada setiap bulan. Jumlah bonus hujung tahun akan dikira berdasarkan peratus yang akan diambil dari jumlah komisyen anda. Semakin ramai orang yang anda daftar dalam sebulan maka semakin banyaklah nilai komisyen yang anda dapat.

Bonus royalti atau bonus overriding pula dikira berdasarkan jumlah simkad yang anda jual kepada ahli-ahli dibawah komuniiti anda atau ahli-ahli dalam group pimpinan anda.

Bisnes sebagai agen Tone Plus bukanlah bisnes MLM kerana ia lebih kepada bisnes jual bisnes dan bisnes berdasarkan komisyen. Maksudnya, kita beli simkad kemudian jual semula. Apabila orang yang beli simkad kita itu top up atau reload kredit maka setiap kali itu jugalah kita dapat komisyen.

Inilah potensi perniagaan pasif dalam menjalankan bisnes sebagai agen Tone Plus.

Saya suka bisnes ini kerana sistemnya kukuh, dikelolakan oleh syarikat yang sudah lama bertapak lebih dari 5 tahun  bahkan tidak pernah gagal membayar komisyen kepada ahli-ahlinya.

Lagi satu, apa yang saya suka mengenai bisnes sebagai agen Tone Plus adalah kerana kita menjalankan bisnes dalam bidang telekomunikasi. Sekarang dalam tahun 2017 setiap orang disekeliling kita menggunakan handphone dan setiap orang yang menggunakan handphone menggunakan pakej-pakej telekomunikasi yang mereka langgan.

Di sini wujudnya proses pakai buang - iaitu beli, pakai sampai habis kemudian beli lagi apabila sudah habis. selepas itu guna lagi kemudian beli lagi apabila sudah habis.

Proses ini akan berulang-ulang selagi mereka menggunakannya. Proses 'pakai buang' inilah penyebab kenapa produk-produk kecil yang kita gunakan dengan kerapa masih wujud sejak 20 tahun lalu sampai sekarang.

Ini kerana produk-produk tersebut adalah produk kegunaan harian bahkan jadi satu keperluan.

Contoh? Sabun mandi, minyak masak, tisu, minuman, sabun cuci, ubat gigi, pencuci piring, air mineral dalam botol, deodoran. Ada banyak lagi. Kesemuanya produk-produk kecil sahaja tapi menjadi kegunaan harian kebanyakan orang.

Kedai-kedai yang menjual produk-produk kegunaan harian semuanya laku dan mendapat sambutan hangat. Cuba tengok kedai Watson, Guarian, 7 Eleven ataupun pasaraya Giant. Apa yang mereka jual hanyalah produk-produk keperluan harian.

Untung direct yang mereka dapat dari penjualan produk-produk tersebut adalah dalam jumlah yang kecil (cuma sen-sen sahaja) tapi mereka menjual produk dalam kuantiti yang banyak kemudian ada ramai orang sentiasa membeli secara berterusan tanpa henti.

Kenapa? kerana mereka menggunakan produk-produk tersebut.

Inilah yang saya maksudkan dengan konsep produk 'pakai buang'.

Simkad prepaid juga adalah dalam kategori yang sama. Maka sesiapa yang menjual produk-produk sebegini akan mendapat untung berterusan kerana orang akan sentiasa pakai tanpa banyak soal dan orang akan hulur duit untuk beli ttanpa banyak soal dan tanpa berfikir panjang.

Masa Depan Yang Cerah


Aktif menjalankan bisnes sebagai agen Tone Plus memberi saya untung berpanjangan di masa akan datang. Sebab itulah saya serius dalam bisnes ini kerana saya nampak jalan untuk berjaya di dalamnya sama seperti seorang pengusaha gerai burger yang nampak jalan untuk dia berjaya iaitu dengan menjual burger banyak-banyak sebanyak yang mungkin.

Bisnes Tone Plus senang dilakukan kerana kita sudah gunakan produknya iaitu pakej telekomunikasi dan simkad. Apa yang kita lakukan hanya ajak orang lain menukar simkad mereka ke simkad Tone Plus kemudian guna seperti biasa  sebagaimana rutin biasa pada sebelum ini.

Senang saja.. kan?

Bisnes Tone Plus adalah bisnes yang akan memberi kita kebebasan iaitu kebebasan masa dan kebebasan masa. Syaratnya hanya satu - gigih di 24 bulan semasa baru menjalankan perniagaan. Itu sahaja!

Apabila bisnes Tone Plus anda sudah stabil maka anda sudah boleh rileks. Inilah bisnes yang tidak memerlukan busyness untuk anda menguruskannya setiap hari sepertimana bisnes konvensional yang lain.

Ini bisnes era baru dalam bidang telekomunikasi.